PROGRAM KAD HIJAU CIDB
PELAN PERLINDUNGAN PERSONEL BINAAN
BERKELOMPOK
1. Pendahuluan
Personel Binaan yang memiliki Kad Hijau yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberia/Hadiah) yang mana pembayaranya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.
2. Skop Perlindungan
2.1 Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Hijau yang mencapai umur genap 16 tahun hingga genap 65 tahun sahaja.
2.2 Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia.
2.3 Amaun Manfaat adalah seperti jadual dibawah
3. Syarat-syarat Tuntutan manfaat Perlindungan
3.1 Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1 dengan lengkap.
3.2 Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
3.3 Kejadian/ kemalangan berlaku semasa Kad Hijau masih sahlaku dan umur dari 65 tahun.
3.4 Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik Kad Hijau melanggar mana-mana peruntukan perundangan Negara atau mana-mana Negara.
4. Penutup
4.1 Pemegang Kad Hijau dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan baik semasa bekerja ataupun di luar waktu bekerja.
4.2 Pihak CIDB berhak menolak mana-mana permohonan yang diragui atau tidak memenuhi syarat-syarat tuntutan.